Friday, August 8, 2008

Johan Bola Sepak Pembangunan P.Pinang 14 & 16 TKB

SMK Guar Perahu meneruskan kecemerlangan dengan mengekalkan kejuaraan dalam pertandingan Bola Sepak Pembangunan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Pulau Pinang tahun 2008. Perlawanan akhir kejohanan tersebut telah dilangsungkan di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free. SMK Guar Perahu yang mewakili Zon Bukit Mertajam telah muncul juara dalam kategori bawah 14 dan 16 tahun.

Pertandingan ini telah diadakan dari 4 – 6 Julai 2008. Berikut keputusan perlawanan:

Kategori 16 Tahun Ke Bawah :

Final :
SMK Guar Perahu (Zon Bukit Mertajam) menewaskan SMK Sungai Acheh (Zon Nibong Tebal) keputusan 0 – 0 : SepakanPenalti 4-2 dimenagi oleh SMK Guar Perahu
(Sepanjang tempoh pemainanan banyak dikuasai oleh pasukan SMKGP, ketumpulan barisan serangannya membawa permainan ke masa tambahan dan diakhiri dengan sepakan penalti yang di menangi oleh pasukan SMKGP)

Separuh Akhir :
i. SMK Guar Perahu (Zon Bukit Mertajam) menewaskan SMK Permatang Tok Jaya (Zon Butterworth) Keputusan 2 – 0

ii. SMK Sungai Acheh (Zon Nibong Tebal) menewaskan SMK Penang Free (Zon Jelutong) keputusan 1 – 0

Kategori 14 Tahun Ke Bawah :
Final :

SMK Guar Perahu (Zon Bukit Mertajam) menewaskan SMK Teluk Kumbar 2 (Zon Balik Pulau) keputusan 2– 0 :
Penjaring Gol SMK Guar Perahu :
i. Mohamad Affiq b. Farid
ii. Mohamad Amirul b. Ismail
(Perlawanan sengit dan saling berbalas serangan)

Separuh Akhir :
i. SMK Guar Perahu (Zon Bukit Mertajam) menewaskan SMK Dato’ Onn (Zon Butterworth) keputusan 2 – 1
ii. SMK Teluk Kumbar 2 (Zon Balik Pulau) menewaskan SMK Penang Free (Zon Jelutong) keputusan 1 – 0

Hadiah kejohanan telah disampaikan oleh En. Mohamed Ali b. Mohamad Jelani, Pemangku Ketua Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment