Thursday, May 29, 2008

Maklumat Semasa Kalender Bola Sepak SMKGP


1. 5, 6 dan 7 Jun 2008 - Kem Bola Sepak ASAT - Mewakili P. Pinang Ke Peringkat Kebangsaan - Kem di adakan di Pengkalan Hulu, Perak dan Thailand. Terima Kasih JPN P.P - TQ! En. Nasir!


2. 7 Jun 2008 - Kejohanan Futsal Zon Pulau Pinang - MILO - Hidup Bola! -

3. Pertandingan Bola Sepak Juara Sekolah Bawah 18 tahun - Piala 100 Plus bermula 16.6.08, 18.6.08 dan 20.6.08 perlawanan peringkat kumpulan.

4. Sebagai Pengelola Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Tan Sri Mohamed Nor Yackob pada 16.6.08. Terbuka kepada semua. Hadiah pertama RM1300.00, Piala Iringan (dapat terus), Medal. maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian.

KEJOHANAN adidas+challenge 2008

KEJOHANAN adidas+challenge 2008 anjuran Adidas (M) Sdn Bhd menjelajah Zon Tengah, Utara dan Selatan berakhir dengan jayanya di Dataran Merdeka, baru-baru ini. Jelajah yang bermula di Padang Merbok pada 5 dan 6 April lalu diikuti Dataran Johor Bahru (12, 13 April) dan Padang Polo, Pulau Pinang (19, 20 April).

Dua kategori dipertandingkan iaitu bawah 14 dan 16 tahun dengan lapan pasukan terbaik mewakili zon masing-masing beraksi di peringkat grand final di Dataran Merdeka pada 10 dan 11 Mei lalu. Sementara itu, perlawanan kategori B-14 dilangsungkan pada Sabtu, 10 Mei apabila SMK Guar Perahu dari Pulau Pinang muncul juara sesudah menang tipis 3-2 ke atas pasukan Bola Idola B dari Cheras, Kuala Lumpur. Bagi penentuan tempat ke-3/4, Jerung FC B berjaya menduduki tempat ketiga apabila mengalahkan pencabarnya Glory Golden FC 4-0.

Pencarian pasukan bertuah itu akhirnya terjawab pada keesokannya ketika pasukan berpangkalan di Johor Bahru, JFA Shark berjaya mengungguli kejohanan ini selepas mengalahkan pasukan pilihan, SMK Guar Perahu dari Pulau Pinang dengan kemenangan 3-2 pada aksi final yang penuh dramatik dimana kedua-dua pasukan menunjukkan kualiti bola sepak sebenar.

Kemeriahan perlawanan akhir ditambah apabila pengulas sukan, Zainal Abidin Rawop menjadi pengulas pada hari itu. Kegembiraan jelas terpancar di wajah semua pemain JFA Shark sehingga ada yang mengeluarkan air mata termasuk ibu bapa pemain sebaik saja wisel penamat dibunyikan. SMK Guar Perahu gagal meneruskan kecemerlangan negeri Pulau Mutiara selepas skuad junior, SMK Guar Perahu menjuarai kategori bawah 14 tahun.

Sebelum itu pada aksi separuh akhir pertama, JFA Shark berjaya menewaskan Seafield Plus dari Selangor 2-1 manakala SMK Guar Perahu mengalahkan Stylo FC dari Johor 1-0 pada satu lagi saingan separuh akhir. Penentuan tempat 3/4 dimenangi oleh Seafiled Plus selepas mengalahkan Stylo FC 1-0.

Semua hadiah kemenangan disampaikan oleh Pengarah Urusan adidas (M) Sdn Bhd, Darren Choy diiringi jurulatih Selangor, Dollah Salleh yang hadir menyaksikan kejohanan.

FAKTA KEJOHANAN : adidas+challenge 2008 :

PEMENANG : Bawah 14 Tahun
Juara - SMK Guar Perahu
Naib juara - Bola Idola B
ke-3 - Jerung FC B
ke-4 - Glory Golden FC

PEMENANG : Bawah 16
Juara - JFA Shark FC
Naib juara - SMK Guar Perahu
ke-3 - Seafield Plus
ke-4 - Stylo FC

Wednesday, May 28, 2008

Wadah Maklumat Bola Sepak SMKGP!


Salam Pengenalan...
Pertama kalinya blog ini dihasilkan sebagai percubaan untuk memaparkan aktiviti dan maklumat berkaitan bola sepak di sekolah.
Lumrahnya sekolah ini lebih dikenali dengan watak bola sepak.
Mudah-mudahan ianya terus merintis kegemilangan yang berterusan dengan sokongan warga sekolah, pentadbir, PIBG, komuniti setempat dan bekas-bekas pelajar.