Friday, August 28, 2009

Friday, August 21, 2009

Selamat Berpuasa!


Selamat berpuasa diucapkan kepada semua...
kami cuba update aktiviti kami dari masa ke semasa...mohan maaf! kesibukan dengan tugas-tugas rasmi di sekolah membataskan kerja-kerja update!
tunggu.....!

Friday, July 10, 2009

MILO, Hidup Bola! SMKGP 2 Team ke Grand Final 2009

SMK Guar Perahu telah mengisi 2 slot Futsal Milo, Hidup Bola di GRAND FINAL, di KL nanti...
Slot Pertama diperolehi setelah muncul Naib Johan di Safira Prot Arena, S. Jaya, Penang.
dan baru-baru ini dapat lagi satu...di Alor Star (naib Johan)....Apa dilihat pasukan ini masih belum cukup mantap untuk beraksi di Gran Final nanti...Ape-pae pun Tahniah diucapkan!
...
Kita memang berusaha ke arah itu... GRAND FINAL DI AMPANG SPORT PLANET, KL PADA 26.07.2009 (SABTU)

Wednesday, July 8, 2009

Bola Sepak Juara-Juara Sekolah 2009

SMK Guar Perahu, beraksi cemerlang pada perlawanan akhir di kejohanan bola sepak Juara-juara Sekolah peringkat negeri Pulau Pinang. Perlawanan akhir tersebut telah berlangsung di Stadium Bertam, Kepala Batas.
Kejohanan bola sepak ini telah bermula sejak 23 Jun hingga 3 Julai 2009. Pada perlawanan Akhir tersebut pasukan SMK Guar Perahu berjaya mengalahkan pasukan SM Teknik Batu Lanchang dengan jaringan 5-0. Mohamad Akram b. Rosli telah muncul wira pasukan SMK Guar Perahu apabila menjaringkan hatrik dan sekaligus telah dinobatkan sebagai pemain terbaik pada perlawanan akhir. Gol-gol lain pasukan SMK Guar Perahu dijaringkan oleh Mohamad Syafiq b. Yacob dan Muhamad Naim b. Zakaria.Sebelum itu kedua-dua pasukan telah mengalahkan lawan masing-masing diperingkat separuh akhir. SMK Guar Perahu menewaskan SMK Penang Free dengan sebanyak 1-0 manakala SM Teknik Batu Lanchang telah menewaskan SMK Sungai Acheh dengan jumlah jaringan 6-1. Menurut jurulatih En. Md Zaid Yahya, pasukan bimbinganya memang berazam untuk mengekalkan kejuaraan dalam pertandingan bola sepak Juara-juara Sekolah peringkat negeri Pulau Pinang ini. Kejohanan di peringkat kebangsaan nanti akan dilangsungkan di Kuantan, Pahang pada bulan hadapan. Hadiah kejohanan telah disampaikan oleh En. Mohamad Hassan b. Mohamed, Penolong Pegawai Pelajaran, Pejabat Pelajaran Daerah Utara.

SMK Guar Perahu sekali lagi muncul juara dalam pertandingan bola sepak ASAT peringkat negeri Pulau Pinang tahun 2009. Perlawanan akhir tersebut telah berlangsung di Padang SJKC Pei Teck, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Pada perlawanan Akhir tersebut pasukan SMK Guar Perahu berjaya mengalahkan pasukan SMK Teluk Kumbar dengan jaringan 4-0. Gol-gol pasukan SMK Guar Perahu dijaringkan Mohamad Akram b. Rosli, Mohamad shukri b. Md. Shaker, Mohd Kamal b. Ahmad dan Muhamad Naim b. Zakaria.
Sebelum itu kedua-dua pasukan telah mengalahkan lawan masing-masing diperingkat separuh akhir. SMK Guar Perahu menewaskan SMK Sungai Acheh dengan sebanyak 2-1 manakala SMK Teluk Kumbar telah menewaskan Sekolah Sukan, SMK Mutiara Impian dengan jumlah jaringan 2-0. Hadiah Kemenangan disampaikan oleh Tn. Hj. Ibrahim b. Mohamad, Pengarah Pelajaran Negeri Pulau Pinang.

Hasil Kemenangan ini pasukan Bola Sepak SMK Guar Perahu akan mewakili negeri Pulau Pinang diperingkat kebangsaan




ASAT ZON BM

Kita kekal Juara ASAT ZON BM...Tahniah

Manchester United Primier Cup Zon Utara, 2009

Masih hebat! tapi cuma Naib Johan itulah nasib SMKGP dalm pertandingan bola sepak MUPC Zon Utara yang telah diadakan di padang kilat tempoh hari. Sekaligus gagl untuk beraksi di Grand Final. Kalah Penalti setelah berakhir dengan keputusan 1-1 menentang pasukan dari SMK Mergong(Himpunan budak2 state Kedah)....Kita mana boleh putus asa!



Sunday, May 3, 2009

Piala MUPC 2009

Tahniah! SMKGP Muncul Naib Johan piala MUPC Zon Tengah...Kalah Final-Penalti...







....Sempat Lagi Pi Tengok Final Piala FA (Selangor VS> Kelantan)
Tahniah Selangor...!

Kempen Keselamatan Jalan Raya Castrol bersama Wazi

WAZI bekas pelumba Malaysia cup prix bersama CASTROL telah membuat demo dan ceramah berkaitan cara pemanduan dan keselamatan jalan raya...



Lawatan SKUAD Piala Presiden Bukit Jalil Ke SMKGP