Monday, June 2, 2008

Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah, Piala YB. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop




Ringkasan : Maklumat dan Peraturan Pertandingan

1. Nama Pertandingan : Pertandingan Bola Sepak 9 sebelah Piala YB. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

2. Undang-undang : Mengikut undang-undang dan peraturan FIFA/ FAM.

3. Hak Milik Piala : Piala kekal menjadi hak milik pasukan pemenang

4. Penganjuran : UMNO cawangan Taman Tun Dr. Awang, Parlimen Tasek Gelugor.

5. Pengelolaan : Kelab Bola Sepak SMK Guar Perahu.

6. Penyertaan : Terbuka kepada semua pasukan.

7. Peringkat Umur : Tiada had umur.

8. Pendaftaran Pasukan :
Ø Setiap pasukan dikehendaki mendaftar 11 orang pemain termasuk pemain simpanan.
Ø Nama setiap permain perlu didaftarkan dalam borang penyertaan yang telah disediakan oleh pihak penganjur.
Ø Seorang pemain hanya boleh didaftarkan dalam satu pasukan sahaja.

9. Format Pertandingan :
Ø Perlawanan secara sistem kalah mati.
Ø Penentuan sekiranya berlaku persamaan jaringan, 3 tendangan penalti akan diambil.
Ø Sekiranya masih berkeputusan seri, maka tendangan penanti suddent death akan diambil.
Ø Sekiranya masih berkeputusan seri, lambungan syiling akan ditentukan untuk mencari pemenang.

10. Waktu Permulaan Pertandingan : Seperti yang tercatat dalam jadual rasmi pertandingan.

11. Masa Bermain : 7 minit + 1 minit + 7 minit

12. Tendangan dari tanda penalti : Mengikut peraturan FIFA

13. Perlawanan yang ditunda/ dihentikan/ dibatalkan : Akan ditentukan oleh pengurus pertandingan.

14. Pemain Minima : 7 orang sebelum memulakan perlawanan.

15. Pertukaran Pemain : 2 orang termasuk penjaga gol.

16. Tindakan Tatatertib
Ø 2 kad kuning dalam satu permainan - digantung 1 perlawanan
Ø 2 kad kuning dalam pertandingan - digantung 1 perlawanan
Ø 1 kad merah - digantung 2 perlawanan

17. Bantahan : Dalam masa 15 selepas perlawanan beserta yuran bantahan sebanyak RM100.00.

18. Hal-hal yang tidak diperuntukan : Segala tafsiran peraturan diselenggarakan oleh Jawatankuasa Teknikal dan keputusannya adalah muktamad.

19. Yuran Penyertaan : RM120.00 bagi satu pasukan

20. Hadiah
Johan : RM1,300.00, Piala Iringan dan Medal (12 unit)
Naib Johan : RM1,000.00 dan Medal (12 unit)
Ketiga : RM400.00 dan Medal (12 unit)
Keempat : RM400.00 dan Medal (12 unit)

21. Tarikh, Hari dan Masa Kejohanan : 15 Jun 2008 – Ahad – 8.15 pagi

22. Venue/ Tempat Kejohanan Berlangsung
Padang A – SMK Agama Al-Irsyad, Pokok Sena.
Padang B – SMK Agama Al-Irsyad, Pokok Sena.

23. Tarikh Tutup Penyertaan : 13 Jun 2008 (Jumaat) - Sebelum 5.30 petang.

24. Tarikh, Hari, Masa & Tempat Pengundian pasukan yang bertanding
Ø 13 Jun 2008 – Jumaat – 5.30 petang – Tempat Dewan SMK Guar Perahu.
Ø Semua wakil-wakil pasukan diminta menghadirkan diri bagi mewakili pasukan masing-masing. Mana-mana pasukan yang tidak hadir semasa proses pengundian, pihak Jawatankusa Pengelola berhak memutuskan sebarang keputusan.

25. PENYERAHAN BORANG PENYERTAAN & MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PERTANDINGAN INI BOLEH DIHUBUNGI MELALUI :
1. En. Jamil Non......................... : 019-5273262 / 017-4759054
2. En. Hasbullah......................... : 019-4210925
3. En. Rosli.................................. : 013-4233255
4. Ust. Zaid SMK Guar Perahu....... : 013-4889640

2 comments:

  1. Borang Fotostat boleh ker???

    kaki bola png

    ReplyDelete
  2. To: Kaki bola png
    Borang fotostat diterima. Asalkan sampai kepada kami selewat-lewatnya pada 13 Jun 2008 (Jumaat) - Sebelum 5.30 petang.

    -Pengelola pertandingan

    ReplyDelete