Monday, February 7, 2011

SENARAI TUAN RUMAH KEJOHANAN BOLA SEPAK PERINGKAT ZON (SEKOLAH RENDAH & SEKOLAH MENENGAH) akan bermula pada 21.2.2011

ZON >> SEKOLAH MENENGAH
1. AIR ITAM SMJK CHUNG LING
2. BALIK PULAU SM TEKNIK BALIK PULAU
3. KELAWEI SMK TANJUNG BUNGAH
4. JELUTONG SMK BUKIT GAMBIR
5. BUKIT MERTAJAM SMK TAMAN PERWIRA
6. BUTTERWORTH SMK DATUK HAJI AHMAD SAID
7. PERMATANG PAUH SMK BANDAR BARU PERDA
8. KEPALA BATAS SMK POKOK SENA
9. NIBONG TEBAL SMK TUN SYED SHEH BARAKBAH

Tuesday, February 1, 2011

Selamat Tahun Baru Cina

Salam 2011

MOHON MAAF KEPADA SEMUA...BLOG TUTUP SELAMA 1 TAHUN! KINI AKAN KEMBALI BERSUA!
SELAMAT DATANG TUAN PENGETUA CEMERLANG EN KHALIQUL ZAMAN KE SMKGP. KESUNGGUHAN TUAN AMAT KAMI SANJUNGI!

Friday, August 28, 2009

Friday, August 21, 2009

Selamat Berpuasa!


Selamat berpuasa diucapkan kepada semua...
kami cuba update aktiviti kami dari masa ke semasa...mohan maaf! kesibukan dengan tugas-tugas rasmi di sekolah membataskan kerja-kerja update!
tunggu.....!

Friday, July 10, 2009

MILO, Hidup Bola! SMKGP 2 Team ke Grand Final 2009

SMK Guar Perahu telah mengisi 2 slot Futsal Milo, Hidup Bola di GRAND FINAL, di KL nanti...
Slot Pertama diperolehi setelah muncul Naib Johan di Safira Prot Arena, S. Jaya, Penang.
dan baru-baru ini dapat lagi satu...di Alor Star (naib Johan)....Apa dilihat pasukan ini masih belum cukup mantap untuk beraksi di Gran Final nanti...Ape-pae pun Tahniah diucapkan!
...
Kita memang berusaha ke arah itu... GRAND FINAL DI AMPANG SPORT PLANET, KL PADA 26.07.2009 (SABTU)

Wednesday, July 8, 2009

Bola Sepak Juara-Juara Sekolah 2009

SMK Guar Perahu, beraksi cemerlang pada perlawanan akhir di kejohanan bola sepak Juara-juara Sekolah peringkat negeri Pulau Pinang. Perlawanan akhir tersebut telah berlangsung di Stadium Bertam, Kepala Batas.
Kejohanan bola sepak ini telah bermula sejak 23 Jun hingga 3 Julai 2009. Pada perlawanan Akhir tersebut pasukan SMK Guar Perahu berjaya mengalahkan pasukan SM Teknik Batu Lanchang dengan jaringan 5-0. Mohamad Akram b. Rosli telah muncul wira pasukan SMK Guar Perahu apabila menjaringkan hatrik dan sekaligus telah dinobatkan sebagai pemain terbaik pada perlawanan akhir. Gol-gol lain pasukan SMK Guar Perahu dijaringkan oleh Mohamad Syafiq b. Yacob dan Muhamad Naim b. Zakaria.Sebelum itu kedua-dua pasukan telah mengalahkan lawan masing-masing diperingkat separuh akhir. SMK Guar Perahu menewaskan SMK Penang Free dengan sebanyak 1-0 manakala SM Teknik Batu Lanchang telah menewaskan SMK Sungai Acheh dengan jumlah jaringan 6-1. Menurut jurulatih En. Md Zaid Yahya, pasukan bimbinganya memang berazam untuk mengekalkan kejuaraan dalam pertandingan bola sepak Juara-juara Sekolah peringkat negeri Pulau Pinang ini. Kejohanan di peringkat kebangsaan nanti akan dilangsungkan di Kuantan, Pahang pada bulan hadapan. Hadiah kejohanan telah disampaikan oleh En. Mohamad Hassan b. Mohamed, Penolong Pegawai Pelajaran, Pejabat Pelajaran Daerah Utara.