Wednesday, July 30, 2008

Bola Sepak Pembangunan Peringkat Zon BM & Negeri

Tahniah! Kita kekalkan kejuaraan Bola Sepak Pembangunan Peringkat Zon BM bawah 14 dan 16 tahun. Peringkat seterusnya (Peringkat Negeri) akan diadakan seperti berikut :

JADUAL PERLAWANAN PERINGKAT UMUR 14 TAHUN DAN KE BAWAH
Bola Sepak Pembangunan peringkat negeri Pulau Pinang.

TEMPAT : SMK PENANG FREE
TARIKH : 4 DAN 6 OGOS 2008
HARI : ISNIN DAN RABU
MASA : 3.00 PETANG

KUMPULAN A
1. JELUTONG
2. BUKIT MERTAJAM (SMK Guar Perahu)
3. AIR ITAM
4. KEPALA BATAS

KUMPULAN B
1. BALIK PULAU
2. NIBONG TEBAL
3. KELAWEI
4. BUTTERWORTH

JADUAL PERLAWANAN PERINGKAT UMUR 16 TAHUN DAN KE BAWAH.
Bola Sepak Pembangunan peringkat negeri Pulau Pinang.

TEMPAT : SMK PENANG FREE
TARIKH : 5 DAN 6 OGOS 2008
HARI : RABU
MASA : 3.00 PETANG

KUMPULAN A
1. BALIK PULAU
2. KEPALA BATAS
3. JELUTONG
4. BUKIT MERTAJAM (SMK Guar Perahu)

KUMPULAN B
1. KELAWEI
2. BUTTERWORTH
3. AIR ITAM
4. NIBONG TEBAL

JADUAL PERLAWANAN PERINGKAT UMUR 14 DAN 16 TAHUN DAN KE BAWAH. PERINGKAT SEPARUH AKHIR DAN AKHIR

TEMPAT : SMK PENANG FREE
TARIKH : 6 OGOS 2008
HARI : RABU
MASA : 3.00 PETANG

Monday, July 7, 2008

Juarai Futsal MILO, Hidup Bola! - Negeri Kelantan


Tahniah! kepada Team Futsal SMK Guar Perahu A yang telah menjuarai Futsal MILO, Hidup Bola! Kelantan pada 5 Julai 2008. Grand Final: HTO Subang Jaya pada 27.7.08 Team Kita Kecundang...Kerana kurangnya persediaan...Kesibukan dengan banyak pertandingan bola sepak diperingkat negeri. Walau bagaimana pun kita akan lebih bersedia untuk pertandingan lain dan tidak akan putus asa...

Thursday, July 3, 2008

Julai 2008 Friendly Match

KEPUTUSAN :

1. 1/7/2008 - Selasa - Tempat IPDA, Masa 5.30 ptg - SMKGP U16 VS Malaysia U15 Asean School
Keputusan : Kalah 0-1

2. 1/7/2008 - Selasa - Tempat IPDA, Masa 4.30 ptg - SMKGP U14 VS SMK Pulau Nyiur Kedah U14
Keputusan : Menang 4-0


3. 3/7/2008 - Khamis - Tempat SMKGP, Masa 5.30 ptg - SMKGP U 16 VS. SMK Penang Free U16
Keputusan : Menang 3-0

4. 3/7/2008 - Khamis - Tempat SMKGP, Masa 4.30 ptg - SMKGP U 14 VS. SMK Penang Free U14
Keputusan : Menang 3-0

Tuesday, July 1, 2008

Friendly Match: SMKGP VS. Team Malaysia

Persiapan menjelang ke kejohanan diperingkat kebangsaan pasukan SMKGP telah mengadakan perlawanan ujian menentang Pasukan Malaysia bawah 15 tahun Asean School. Pertarungan memang sengit!...
Perlawanan ini telah diadakan di Mini Stadium IPDA, Jitra, Kedah pada 1.7.2008




Kesudahannya... SMKGP (0) - Malaysia (1) - Tahniah kepada semua pemain yang dapat menguasai permaian sepanjang 90 minit permainan. Permainan memang menghiburkan! Syabas kepada Team Malaysia.

Pada hari yang sama skuad Junior SMKGP bawah 14 tahun telah bertindak cemerlang dengan mengalahkan pasukan SMK Pulau Nyior, Kedah (Sek. Projek Bola Sepak Sukan Teras) dengan kemenangan (4-0)

Monday, June 30, 2008

Johan ASAT P.Pinang Zon BM

Tahniah! kepada semua pasukan yang bertanding!
Tahniah! SMKGP berjaya mengekalkan kejuaraan!

FINAL : SMK Guar Perahu VS. SMK Permatang Pasir - SMKGP Menang (6-0)
(Keputusan Perlawanan akan dipaparkan kemudian...)


Wednesday, June 25, 2008

Pertandingan Bola Sepak Piala Juara Sekolah Pulau Pinang

Keputusan Pertandingan Bola Sepak Piala Juara Sekolah Peringkat Negeri Pulau Pinang yang telah dilalui oleh pasukan SMK Guar Perahu 2008.


Keputusan Perlawanan Peringkat Kumpulan:
1. SMK Guar Perahu VS. SMK Kuala Muda - Zon K. Batas >> Menang 9-1
2. SMK Guar Perahu VS. SMK Mutiara Impian- Zon S. Perai Selatan (Sek. Bola Projek Negeri - Liga KPM) >> Menang 2-1
3. SMK Guar Perahu VS. SMK Datuk Ahmad Said - Zon Butterworth >> Menang 9-0
SMK Guar Perahu muncul Johan Kumpulan

Keputusan Separuh Akhir :
1. SMK Guar Perahu VS. SMK Teluk Kumbar- Zon Balik Pulau >> Menang 5-2
2. SMK Penang Free VS. SMK Mutiara Impian>> SMK Mutiara Impian Menang menerusi sepakan penalti setelah terikat dengan keputusan 1-1 )

Keputusan Perlawanan Akhir :
SMK Guar Perahu menewaskan SMK Mutiara Impian dengan jumlah jaringan sebanyak 4-1
Perlawanan dilangsungan di Padang A, USM, P. Pinang ( 5.00 petang - 25.06.2008 - Khamis ) Hadiah disampaikan oleh En. Nadzir b. Ali, Pengetua Kanan, SMK Guar Perahu.
Ulasan :
Suasana perlawanan sentiasa tegang - saling berbalas serangan dan mendebarkan!Tahniah diucapkan kepada Kedua-dua pasukan yang telah berjaya menunjukan kualiti yang tinggi dalam permainan bola sepak pada perlawanan akhir tersebut.
Penjaring-penjaring gol pasukan SMK Guar Perahu terdiri daripada :
1. Mohamad Shukor b. Saidin - gol pertama
2. Mohammad Faiz b. Che Hassan - gol kedua
3. Mohammad Khuzairi Izwan b. Rosli - gol ketiga
4. Muhammad Ikhram b. Ibrahim - gol Keempat
Tahniah kepada semua!

Sunday, June 15, 2008

Keputusan Friend Match Jun 2008

Dua siri perlawanan Persahabatan Menjelang Persiapan untuk kejohanan Bola Sepak Juara Sekolah peringkat Negeri Pulau Pinang 2008. Berikut Keputusan Perlawanan :

1. SMK Guar Perahu VS. SMK Khir Johari, Sungai Petani, Kedah
Bawah 18 tahun : Seri 0-0
Bawah 14 tahun : Menang 1-0
>> Perlawanan diadakan di Padang Bandaran, Sg Petani Kedah pada 13 jun 2008 (jumaat) lalu.

2. SMK Guar Perahu VS. Pasukan Belia Kuala Muda NAZA (NAZA FC),
Bawah 18 tahun : Menang 2-1
>> Perlawanan diadakan di Padang Bandaran, Yan (Pdg Cempedak, Gurun)

Tahniah! Kepada semua pemain! Gambar nanti dipaparkan kemudian....

Jangan Lupa! Pertandingan Juara Sekolah :

:: Isnin : 16 Jun 2008 5.30 petang - Padang Sekolah Badawi, KP - Plwn. Peringkat Kump.
:: Rabu : 18 Jun 2008 5.30 petang - Padang Sekolah Badawi, KP - Plwn. Peringkat Kump.
:: Khamis : 20 Jun 2008 3.30 petang - Padang Sekolah Badawi, KP - Plwn. Peringkat Kump. Lwn. Mutiara Impian
\\ Minggu Beringkutnya peringkat Separuh Akhir

Wednesday, June 11, 2008

Makluman : Friendly Match

Perlawanan Persahabatan Dengan pasukan SMKKJ Sg Petani pada 13 Jun 2008 (Jumaat) melibatan pasukan bawah 14 dan 18 tahun - Perlawanan > di padang Bandaran SP, 3.30 ptg semua dijemput hadir!

Tuesday, June 10, 2008

Pertandingan Sekolah Anjakan Saujana 2008

Sekalung Penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pn. Noora dan Cik Norihan, Jemaah Nazir Penilai bagi pertandingan Sekolah Anjakan Saujana Kategori Sukan Dan Permainan di atas komen dan cadangan kepada kami. InsyaAllah kami sentiasa ke arah menambahbaikan dan sasaran meneruskan kecemerlangan sekolah. Pastinya kami sentiasa mengingati segala budi baik tuan di dalam menyampaikan cadangan dan teguran. Mudah-mudahan pencapaian sekolah ini dapat memenuhi hasrat Nazir Penilai. Amin!

Monday, June 9, 2008

Majlis serah Jersi dan Bola Oleh PPH Resort











Terima Kasih Kami Ucapkan Kepada Anda Semua...PPH Resort! Especially to Mr Steven Tan Swee Leong, Director PPH Resort (Pg) Sdn Bhd di atas sumbangan yang diberikan kepada Pasukan Bola Sepak SMK Guar Perahu.