Tuesday, August 12, 2008

Friendly Match Guru & Staf SMKGP VS. SMK Mengkuang

Pertemuan persahabatan buat julung kalinya ini dapat mengeratkan lagi siraturahim sesama warga sekolah. Suasana perlawanan meriah dengan aksi-aksi menyerang dan beraksi dengan penuh kemahiran walau pun agak berumur!. Tahniah kepada kedua-dua Pengetua , PK, semua guru dan staf melalui perlawanan persahabatan ini... Perlawanan Berkesudahan dengan guru-guru dan staf SMK Guar Perahu (5) dan guru-guru dan staf SMK Mengkuang (1). Gol-gol SMKGP dihasilkan oleh Cikgu Rosli Ismail 2 gol, Cikgu Azman Razak 1 gol, En. Nadzir Ali Pengetua Kanan 1 gol dan Cikgu Amir 1 gol....manakala gol SMK Mengkuang disumbangkan oleh Cikgu Amir (gol Sendiri)

Monday, August 11, 2008

Friendly Match vs. SMT Sg Petani 1

Pertarungan sengit dan saling serang meyerang dapat disaksikan pada pertemuan kedua-dua pasukan berkenaan. Pasukan SMT Sg Petani 1 telah dibarisi dengan pemain-pemain yang telah dipilih khas dari seluruh Kuala Muda, Yan bagi membuat persediaan ke kejohanan Bola Sepak Pembangunan Seluruh Kedah.
Kesudahannya keputusan seri (0-0) tercatat dalam pertemuan tersebut. Tahniah diucapkan kepada pasukan SMT Sg Petani 1 yang begitu hebat pada pandangan kami...

Friday, August 8, 2008

Picture Bola Sepak Pembangunan MSSPP 14 & 16 TKB - Kami Juara!

Johan Bola Sepak Pembangunan P.Pinang 14 & 16 TKB

SMK Guar Perahu meneruskan kecemerlangan dengan mengekalkan kejuaraan dalam pertandingan Bola Sepak Pembangunan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Pulau Pinang tahun 2008. Perlawanan akhir kejohanan tersebut telah dilangsungkan di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free. SMK Guar Perahu yang mewakili Zon Bukit Mertajam telah muncul juara dalam kategori bawah 14 dan 16 tahun.

Pertandingan ini telah diadakan dari 4 – 6 Julai 2008. Berikut keputusan perlawanan:

Kategori 16 Tahun Ke Bawah :

Final :
SMK Guar Perahu (Zon Bukit Mertajam) menewaskan SMK Sungai Acheh (Zon Nibong Tebal) keputusan 0 – 0 : SepakanPenalti 4-2 dimenagi oleh SMK Guar Perahu
(Sepanjang tempoh pemainanan banyak dikuasai oleh pasukan SMKGP, ketumpulan barisan serangannya membawa permainan ke masa tambahan dan diakhiri dengan sepakan penalti yang di menangi oleh pasukan SMKGP)

Separuh Akhir :
i. SMK Guar Perahu (Zon Bukit Mertajam) menewaskan SMK Permatang Tok Jaya (Zon Butterworth) Keputusan 2 – 0

ii. SMK Sungai Acheh (Zon Nibong Tebal) menewaskan SMK Penang Free (Zon Jelutong) keputusan 1 – 0

Kategori 14 Tahun Ke Bawah :
Final :

SMK Guar Perahu (Zon Bukit Mertajam) menewaskan SMK Teluk Kumbar 2 (Zon Balik Pulau) keputusan 2– 0 :
Penjaring Gol SMK Guar Perahu :
i. Mohamad Affiq b. Farid
ii. Mohamad Amirul b. Ismail
(Perlawanan sengit dan saling berbalas serangan)

Separuh Akhir :
i. SMK Guar Perahu (Zon Bukit Mertajam) menewaskan SMK Dato’ Onn (Zon Butterworth) keputusan 2 – 1
ii. SMK Teluk Kumbar 2 (Zon Balik Pulau) menewaskan SMK Penang Free (Zon Jelutong) keputusan 1 – 0

Hadiah kejohanan telah disampaikan oleh En. Mohamed Ali b. Mohamad Jelani, Pemangku Ketua Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang.

Sunday, August 3, 2008

Penghargaan & Terima Kasih Kpd En. Anuar

1. Pihak Sekolah dan Kelab Bola Sepak SMKGP mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Anuar: Syarikat guaman, Ann & Anuar (Advocates & Solicitors) di atas sumbangan Set Lengkap Jersi pasukan bola sepak, T-Shirt Trainning untuk semua pemain dan 5 biji Bola (Adidas).
2. Jasa baik tuan sangat kami hargai!, Hanya Allah sahaja dapat membalasnya...
3. Makluman berkaitan En Anuar:
Ann & Anuar (Advocates & Solicitors)
No. 39, Tingkat 1, Persiaran Mahsuri 1/1,
Sunway Tunas, 11950 Bayan Baru, Pulau Pinang.
4. Tidak dilupakan juga kepada En Hamdan (waris pelajar) yang sudi mencari penaja.